Maklumat lanjut PN

Parti Perikatan Nasional merupakan Kerajaan Pemerintah Malaysia dari bulan Mac 2020 sehingga bulan Ogos 2021 selepas peletakkan jawatan jemaah-jemaah menteri di dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional rentetan daripada peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selepas perbincangan antara parti komponen Perikatan Nasional diadakan, kelangsungan pentadbiran Perikatan Nasional sebagai parti pemerintah Malaysia diteruskan dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri (dari UMNO) sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 setelah diperkenankan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong kerana kerusi Parlimen PN lebih besar berbanding kerusi Perlimen BN dan UMNO. Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menjelaskan bahawa Kepemimpinan UMNO tidak mengiktiraf kerajaan Ismail Sabri sebagai "Kerajaan Perikatan Nasional" melainkan "Kerajaan Malaysia".[8]

Pada awalnya, parti yang menjadi parti penaja kepada penubuhan Parti Perikatan Nasional adalah terdiri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Parti Progresif Sabah (SAPP) telah menjadi parti komponen dalam Parti Perikatan Nasional ketika bertanding dalam Pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia telah diterima sebagai parti komponen kelima yang sah pada 11 Februari 2021 setelah menghantar surat permohonan untuk menyertai Parti Perikatan Nasional yang dibuat pada tahun 2020 lalu.[9] Parti GERAKAN juga secara rasmi menjadi parti komponen ketiga dari Semenanjung Malaysia di dalam gabungan Perikatan Nasional selepas Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.